Friday, December 10, 2010
Saturday, October 2, 2010
terpesong
Banyak hikmat aku telah kuasai. Kuasa aku dah sampai ke tahap baru. Sikit lagi nak sama tinggi dengan gunung everest. Ceh.
Lepas ni nantikan entry-entry aku yang bakal menggegarkan blog yang tak seberapa ini. Bermacam-macam perasaan bercampur baur dalam hati kecil suci innocent aku ini yang mahu dilampiaskan. Nafsu binatang aku ini rupanya. kehkehkeh
Doakan aku sukses dalam exam nanti. Amin
Sunday, August 29, 2010
semalam yang hangat.
Memang bangsa yang tak tau malu.
Pagi kelmarin waktu tutorial aku dapat learning issue yang ke-14 daripada 14 learning issues. Rasa macam nak bawak bantal tilam selimut bawak masok dalam bilik tutor. Bila sampai turn aku, bingkas aku bangun dari kerusi.
Dengan ilmu penuh dan tahap konfiden yang tinggi melangit di dada aku pon,
"bla bal bla prolaktin bla bla bla oksitoksin bla bla bla isap susu bla bla bla',
kat depan sorang-sorang. Tak sampai 5 menit aku pon menutup hasil presentasi. Budak-budak se-tutorial dah buat muka mintak penendang penerajang.
Macam haram lah you all ni.
p/s. time tutorial ni kita akan dapat satu permasaalahan (learning issue) untuk dikupas dan dibahaskan. Students akan duduk terperap dalam bilik selama 2 setengah jam dianggotai 16 orang dan seorang dokter yang menilai. lebih kurang la.
Sesungguhnya melahirkan anak itu sangat lah saket. Percaya la cakap aku a.k.a. physician in the making. Sesiapa yang rasa tengah mengandung anak luar nikah tu boleh la datang jumpak aku.
Semalam aku maen buaian. Memang hangat :)
Sunday, August 8, 2010
final episode
Sunday, August 1, 2010
gundah gulana
Dengan lagu cromok~another you berkumandang memang masuk la dengan suasana. Pandai betul lagu ni muncul time-time ni. Demn.
Perasaan apa yang aku rasa sekarang ni? Itu yang kita nak tau sebab aku pon maseh kabur-kabur. Hah, lagu led zeppelin~stairway to heaven plak dah. Ni yang buat aku tak keruan.
MAU PIKIAQ
Friday, July 23, 2010
perit
Tengok fon ada satu mesej baru sampai. Aku tak sedap hati.
"Pinggan kat dapoq jangan lupa basuh. Rumah jangan lupa sapu."-mak.
Dem
Saturday, July 17, 2010
Perjalanan
Monday, July 12, 2010
sedar
Entry ini kali aku buat versi insaf punya. Menunjukkan aku ni maseh manusia yang beriman soleh baek ingat tuhan mempunyai kesedaran sivik.
Antara kata-kata hikmat yang maseh aku pegang sampai sekarang :
"Rajin-rajin la p surau, nanti dah busy keja dah susah nak p"
"Kejarlah akhirat = dunia pasti akan mengejar kita"
"Kalau awek hang cari jantan len makna nya dia dah tak suka hang la tu, buat apa nak ter hegeh-hegeh nak kat awek hang lagi"
"Kita berkawan ni kena ikhlas, bukan sebab friend for benefit"
"What goes around comes around"
"Kalau ada jodoh ada la tu"
"Hang kalau nak buat benda tak elok, ingat kat mak"
Aku nak lagi tulis banyak-banyak tapi cukup lah tu. Bukan korang nak baca pon. Kan
Cuti kali ni aku dah pergi bertapa dekat sawah bendang belakang rumah tokwan. Lama jugak masa dihabiskan dalam pertapaan tu. Azam yang ditanam dihati nak jadi manusia yang lebih baek dari hari semalam. Nanti cuti sem ni habes marilah kita lihat sama-sama hasilnya.
Manusia yang lebih baek konon. Ceh. Hang mimpi apa ni OWN.
Monday, June 28, 2010
semua buang
Yang pasti cuti ni aku ada misi untuk dilaksanakan. MENAMBAH berat badan.
Ada ka patot itu hari aku sampai rumah mak aku kata aku kurus kering macam mat pit. Sedih ya amat. Tapi hensem ada jugak diselit dalam ayat mak. heee
Aku ada tanya kawan-kawan aku ada betul aku sudah kurus. Feedback yang diterima macam nak mintak penerajang.
"Bila masa hang gemuk pulak? Dah kurus dari dulu lagi."
Ada betul jugak kenyataan itu. Bila masa aku pernah berisi?
Jadi bagi memuaskan hati mak aku, tekad aku dah pasang dekat hati kecil ni. Berat musti mau tambah. Walaupun fizikal aku sekarang memang dah tough tapi lepas ni mesti mau lagi tough. You all jangan terpikat dengan aku pulak lepas ni. :)
Sunday, June 13, 2010
holla!
Banyak benda yang terjadi sejak entry aku yang lepas. Semua nya terlalu banyak dan besar untuk diceritakan. Siapa yang mahu baca entry panjang-panjang bosan mengarut mencarut betul tak.
Sunday, May 23, 2010
Pleaseeeeee
Tolong la kasi hidup aku aman dan tenteram dan sejahtera dan hepi sikit. Merana ni tau tak, merana.
Heyyyyy...............
Monday, May 17, 2010
shit happens
Dulu mak aku ada laa ajar siket ilmu pendinding ni. Bukan setakat ilmu pendinding, ilmu batin ilmu kebal ilmu pengasih ilmu terapaung suma cukuplah. Orang cakap kalau nak merantau ni biarlah ilmu tu cukup di dada.
Aku syak ada orang tak puas hati hati busuk perut busuk tak ada hati perut tak suka dengan aku. Damn you. Dia ni punya ilmu lagi hebat. Pakai setan jin toyol puntianak laknat celaka muka huduh. Setan betul. Maen hantar pakai angin ja. Kalau hantar guna facebook sempat lagi aku nak membelek dan mengelak. Ye tak?
Dalam sehari aku tak makan tadi aku timbang berat dah turun 1 kilo.Gila. Selamat 'pahala' aku berat-berat-berat belaka.
Baru nak jamah makanan, tu pon biskut kering cap pingpong seminggu lepas beli dekat 'yam ling'(mall paling havoc dekat rumah jalan 5 minit sampai) dua keping cicah milo dah perut mula buat hal. Tersembor-sembor dalam jamban I cakap you. Geli kan? Shit happens yaww.
Owh ya, tadi sore aku ditimpa nasib yang sangat baek terbaek paling baek. Tersenyum aku sorang-sorang sampai sekarang. Sikit lagi nak cecah telinga. (:
p/s suma ilmu-ilmu tu aku tipu saja. jangan percaya, khurafat. Tuhan marah.
Wednesday, May 5, 2010
Gatal
Dalam seminggu dua aku asyik dengan kesibukan menelaah bahan ilmiah sambil tangan kiri ada marlboro merah tangan kanan pegang cawan neskefe dalam mulut ada biskut timtam (sibuk kan?) entah tiba-tiba aku terfikir nak cari bakal isteri. Uish, tersedak aku time tu. Tersembur habes biskut air neskefe asap rokok segala mak nenek.
Untuk seketika aku cuba kembali fokus kepada bahan ilmiah yang di depan mata. Aku usya dalam-dalam slide lecture banyak typo istilah tak faham bahasa inggeris tunggang langgang bahasa indon nak tergelak aku baca. Tapi sia-sia. Fokus aku lari memikirkan hal tadi.
Mak aku cakap kalau benda baik ni jangan tangguh lama-lama. Tak elok. Aku jadi tak keruan. Seminit jugak la masa aku dibuang sebab benda ni.
Aku capai handphone putih calar balar skrin pecah kamera rosak, dengan jantung yang berdegup kencang akibat tindak balas simpatis tubuh aku, aku kol mak aku .
"Mak, Own ingat nak kawen la. Umoq ni orang kata dah cukup syarat dah nak kawen ni." aku senyum tersipu-sipu sorang-sorang walaupon hanya bercakap telefon.
"Amboih! Makan hang pon mak tanggung, tidoq malam pon mak dodoi kan lagi, girlpren pon tak dak, muka pon tak hensem ada hati nak kawen?! Gatai. Hang ni sakit ka? Buat risau mak ja aih."
Perbualan selanjutnya aku tak dapat tulis. Terlampau banyak cacian makian hamun aku dapat. Padan muka aku. Gatai sangat. Ada hati nak kawen. Ceh
Monday, April 19, 2010
Thursday, April 15, 2010
pergi
Inilah sedikit gambaran mareka-mereka yang berani nak kacau aku study. Tadi tengah aku sedang tekun membelek-belek buku tak semena-mena JAGA yang sedang onduty menjaga rumah sewa aku (Alam namanya)masuk ke bilik aku. Alasan yang diberi nak ajak aku main PS2. Agak-agak kalian boleh diterima akal tak alasan dia? Macam nak mintak kaki kan?
Aku bingkas bangun dari kerusi. Pantas aku tarik tangan dia naik rooftop 3 tingkat rumah sewa. Aku suruh dia berdiri betul-betul dekat tebing. Aku ambil lajak ada la dalam 10meter dan terus dari jauh aku lari stret ke arah dia kasi terajang tepat celah kelangkang. Nak sangat main PS2.
Puas betul rasanya hati. kehkehkeh
Monday, April 12, 2010
nostalgia
Thursday, April 8, 2010
Sorry
Kenapa?
Tanyalah meraka. Saya tak tau. Tak mau tau.
Maaf jika blog ini tiada unsur-unsur tersebut. Bukan niat di hati untuk berbuat begitu.
Tapi saya ada 'otak'! Walaupon kadang-kadang dia macam celaka, gampang,
Kalau saya buat salah, dia akan tegur saya. Kalau saya tengah pikir bukan-bukan, dia akan memaki saya. Tapi kalau dia pulak buat salah saya akan terajang dia kuat-kuat dekat kepala. Mana boleh makan tuan. kehkehkeh
pemberitahuan: otak adalah sekadar imaginasi saya. tidak lebih dari itu. kan otak?
Sampai ja kat depan pintu transparent tombol patah yang tertulis push/dorong, aku cuba untuk tolak pintu tersebut. Tersekat.
Cewek perpus tu tanpa bagi warning terus memaki hamun aku. Dalam hati aku berkata "WTF". Apa masalah cewek ni. Aku pon mengikut apa yang disuruh mengeja satu-satu notis yang ada.
Saturday, April 3, 2010
When you're older, you might understand
Once I asked my mom when I was a little. Still sipped MILO in a bottle prepared by her every morning. Miss that good old times where we don't need to think about the world. Soo innocent.
"Nanti bila Own dh besaq, Own belajaq pandai-pandai. Own beli kat mak rumah besaq. Mak boleh bagi yang ni ja sebab dulu mak belajaq pon tak habis."
She answered it with a glowing smile at her face while hugging me. I nodded, at the same time knowing nothing about her words.
You deserve more than the world can give you.
While I was reside a prayer on sejadah that night, this mind automatically flashing back my memories about the past. What a mess. All my life is nothing but full of sins.
Shame on you.
* ramai orang cakap gol drogba offside. emo betul la you all ni. Aiman tak kesah kan? ceh
Thursday, March 25, 2010
Kalian suka Pisang?
Aku tengok jam Casio hitam aku, baru masuk pukul 3 wib(waktu indonesia barat). Aku jenguk luar balkoni macam nak hujan.
"Kena cepat ni", kata aku tekad mahu ke Nando, kedai belakang rumah.
Aku capai wallet hitam koyak(sebab duit rupiah banyak sangat, bangsat) atas meja, terus aku melangkah tanpa kata dengan muka bebal. Dalam on the way ada terperasan ada orang jual pisang goreng. Nampak sedap.
"Bang, kasi pisang 4 ribu", abang tu cepat-cepat masukkan dalam plastik.
Aku teruskan perjalan ke Nando. Selalu siang-siang camni cewek yang jaga kedai. Tak la bosan sangat nak menunggu makanan siap. Sampai ja kat Nando cewek tu tengah sapu sampah. Dia senyum. Aku balas balik.
"Kak, nasi ayam penyek satu. Dada ya". Kata aku sopan.
Dalam menunggu diorang masak aku duduk betul-betul depan counter. Cewek tu ter usya plastik berisi pisang goreng aku.
"Khairul suka pisang?" Tanya cewek itu.
"Suka lah. Kalau enggak kok di beli." Balas aku
Awek tu senyum sampai ke telinga. Dia jadi tak tenteram. Nak susun bekas tisu pon dah jadi macam bentuk pisang. Aik.
"Kenapa?" tanya aku pulak. Tapi dia terus senyum. Senyum memanjang.
Lepas tu dia cubit manja lengan aku yang agak berotot ini. Aku terkesima. Habis batal wuduk aku. Apahal cewek ni. Pasal pisang pon nak cubit-cubit. Kang aku cubit kau marah pulak. Aku sabar.
Petang tu aku jamah pisang aku dengan penuh tanda tanya. Musykil dengan masalah cewek pisang itu. Kalau nak cakap ja la. Aku ada duit banyak la kat bank tu. Setakat 2, 3 ribu tak luak la duit aku. Gampang.
Kalian suka pisang?
Susah
Oh ya, tadi pukul 10 malam aku keluar beriadah. Main futsal. Ada la dekat 2 jam aku dengan teman-teman main sepak-sepak bola. Sebijik pon tak masuk. Last-last bila dah tension sangat aku keluar, main Uno dengan abang jaga kat situ.
Ok lah, bantal aku dah panggil. Dia dah buat gaya seksi tu. Gersang habes. Aku gerak dulu!.
Saturday, March 20, 2010
Tak Keruan
"Ni tak boleh jadi ni. Kalau orang tau malu aku, malu!"
Bingkas aku bangun capai celana pendek jersi Chelsea di dinding yang dah 2 hari tak basuh (keringat aku tak berbau, ngee) cepat-cepat aku 'suit up'. Aku toleh kiri kanan, usha kalau-kalau ada kelibat orang.
"Wokeh, line clear".
Aku ambil posisi sit up. Dalam 2, 3 kali turun naik dengan peluh masih malu-malu nak keluar aku tarik nafas dalam-dalam sebab oksigen tak berapa cukup. Haram sungguh. Aku lihat abdomen yang aku bela selama ini.
"Pergh, dah tough. Baru eksersais sikit, kalau lama-lama tak nak macam Malik Noor pulak nanti". keh keh keh
Monday, March 15, 2010
Surat Berantai-TAG-
jujur aku jawab untuk soalan-soalan yang diajukan.
Sumpah tak tipu!
1) Do you think you're hot?
Am I? Ni nanti aku jawab ada pulak yang tak puas hati. Cukuplah sekadar dengan dialog ini.
" Segak(hot la tu) betoi la anak Kak ni. Bertuah laa sapa jadi menantu Kak. Hidung mancung, ada lesung pipit, belajaq pon tinggi. Saya bekenan sunggoh dengan dia(aku)".
Kata jiran aku yang tengah cari akai nak postpone bayaq hutang mak aku. Dialog selebihnya jiran aku kena maki dengan mak aku. Padan muka. Mati nanti masuk neraka.
Amacam, Segak(hot) tak?
2) Upload your favourite picture of you!
3) Why do you like that picture?
Aik, aku nak suka gambaq aku pon nak tanya? Aku punya muka aku punya pasai la. Cuba tanya mereka yang di luar sana, sapa yang tak suka gambaq aku ni. Mesti suma suka punyalah. Kan kan kan
4) When was the last time you ate pizza?
Let see...Aha! Time cuti sem itu hari. Aku makan Pizza Hut kot. If i'm not mistaken lah. Itu hari aku mengepau kak aku untuk belanja makan. Penat aku merangka plan untuk pau dia. Ala-ala movie Ocean 11 gitu. Tapi dalam misi ni aku sorang-sorang ja laa. Tak perlu se-belas orang nak buat keja ni. Hebat tak aku? Last-last dia yang offer aku makan pizza. dem
5) The last song you listened to?
NEGARAKU. Time Datuk Lee Chon Wei menang All England 2010. Bangga wei jadi warganegara Malaysia. Walaupun sah-sah point last tu bola dia di luar garisan, just wide orang putih kata. Apa aku kesah, janji menang. Tak gitu Datuk Chong?
6) What are you doing right now besides this?
Apa la Mak aku tengah buat la ni. (aku tak sejijik Payad, maaf)
7) What name do you prefer besides yours?
'CHIK', sebab aku anak last. Dulu aku pernah mengajukan soalan dekat Mak aku,
"Mak, awat depa(jiran,kawan,siapa-siapa saja) panggey kat own, 'OWN'. Tak sedap langsung. Suruh depa tukaq panggey 'CHIK' ka, sedap sikit. Atan(jiran) tu mak dia panggey dia Angah, mana aci."
Mak aku diam,dia senyum tipis ja. Dia tau satu hari nanti 'OWN' tu la yang nak jadi anak yang dia boleh banggakan. Sapa kata aku anak mak, aku terajang tepat kat perut dia. Ada beran?
5 People to tag
Sapa ja yang baca blog aku ni. Isk hampa ni, buat la soalan lain. Tak dak gheja betoi.
1) Arina Fadzlin
2) Muhamad Azwan
3) Nizar Nazdmi
4) Syafikah Yusof
5) Saiful Zakuan
8) Who is number one?
Kawan lama se-MRSM dulu. Tengah buat TESL, tapi kena postpone satu tahun sebab masalah kesihatan. Sori babe, ang jadi anak dara tua la nanti. Boyfriend pon suruh aku cari. Aku kan ada. kehkehkeh
9) Number three is having a relationship with?
Dia ni Playboy sket. Selama aku jadi bestfriend dia dah macam-macam aku menuntut ilmu dari dia, Ilmu pengasih suma cukup. Tapi dia setia pada yang satu, MIRA.
10) Say something about number five?
Jejaka yang penuh dengan emosi. Ada satu hari dia dapat duduk kelas depan(budak 3.5 la ni), tapi dia tak mau. Nak dok kelas belakang jugak. Ketegaq. Seminggu jugak la dia dok susah hati sebab ni. Orang kata makan mesti kenyang cuma kurang selera, mandi sah-sah basah cuma segan nak kena ayaq, sejuk. Ceh. Senang cakap suma tak kena la. Siap ugut lecturer nak kasi taram sama bapak dia, terus lecturer tu lembik. Ni kisah benar ni, tak tipu!
11) How about number four?
Dia ni sombong nak mampoih. Asai ajak kluaq mesti ada ja excuse dia. Tau la pungkoq besaq pon. Kluaq ja pon, bukan ajak nikah kat siam.
12) Who is number two?
Dia ni no komen. Nanti dia ajak geng-geng dia kasi pukul sama aku sia-sia ja hidup. YAKUZA dia ni. Tapi tu dulu la.
"blah la Ajis! Ingat aku takut ka kat hang!"
Friday, March 12, 2010
MEREKA GENGSTER
Monday, March 8, 2010
cd BLUE ada?
Pernah pada suatu petang aku, Ijat,budak ni sekarang tengah prepare nak pi German.tak tau lepas ka tak, Mijan, budak ni punya kepala sebijik macam elien.aku yakin dia memang elien, keluar ke pekan yang paling havoc ketika era itu, pekan JITRA. Berbekal duit yang cukup-cukup nak beli 'barang' yang dah lama aku nak, dan basikal LERUN ungu seat koyak hendle ada tanduk kami pon ‘cargas’ ke sana.
Dari jauh aku dapat nampak bangunan bangunan batu yang gah menembus langit. Aku lajukan kayuhan, eh silap, aku membonceng ja time tu. Kawan-kawan aku sangat takut dan hormat dengan aku dulu. Diorang mesti tak kan sampai hati nak kasi aku kayuh basikal jauh-jauh. Kang kena jek tang belakang sia-sia ja.
Sampai di sana detinasi pertama mesti KFC. Makan dulu apa yang patut. Pekena ayam 2-3 ketoi. Agak-agak perot dah kenyang, hati pon dah senang aku pon cargas ke destinasi seterusnya iaitu PJ PLAZA, mall paling tinggi, paling besar, paling maju(ada pintu bukak tutup otomatik). Teruja. Bahagian yang dituju adalah tempat mainan. HEAVEN gua cakap lu. Macam macam ada. Aku ternampak kotak GUNDAM. ’Ganas betul robot ni’ kata hati kecil aku. Nak beli ka tak ni, kang tak cukup duit plak nak beli benda tu. Aku tangguh dulu hasrat nak angkat robot tu. Damn
Pusing punya pusing punya pusing, main eskeletor, main tangga, ada la dekat setangah jam kami pon out dari mall tu. Bosan. Lagi pun aku dah perasan ada mata yang tengah usya pergerakan kami. Tapi aku sabar. Abang aku cakap kalau nak gadoh hantaq anak buah dulu. Ni aku tengok membe aku dah macam nak kena sawan dah. Aku bisik dekat telinga dia ’hang nak balik jalan kaki ka?’. Dia geleng-geleng kan kepala, akur.
Matahari macam dah nak menyembah bumi, barang yang di hajati tak jugak terbeli. ’Kena cepat ni’. Aku berlari lari anak ke kedai usang tepi jalan ’CD O RAMA’. Aku masuk ada nenek cina pakai spek bulat rambut kerinting tengah duduk jaga counter. Aku kumpul semua kejantanan aku dengan satu jari tengah korek hidung tangan kanan tengah garu bontot.
” Auntie, cd BLUE ada?”. Auntie tu diam. Dia usya aku dalam-dalam. Aku agak dia sudah pekak
”cd BLUE ada?!”. Hampir menjerit aku. Dia garu kepala. Mungkin nak kena aku lempang baru dia nak dengar kot. Sabar lagi aku.
”BLUE ALL RISE auntie, bukan itu cd BLUE porn punya!”. Celaka punya boyband, letak la nama lain. Senang orang nak faham.
Friday, March 5, 2010
sssSSHHH
try to listen to your heart beat.
what will it says?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'KAU DAH BANYAK DOSA! HATI KAU JADI HITAM. KALAU NAK CUCI PON KENA TONYOH PAKAI KLOROQ, TU PON TAK TENTU HILANG.........DAMN'
Patot la aku rasa semacam ja dua tiga menjak ni. Panas ja even 24 jam dalam ekon. Kalau aku jalan time tengah mendung taknak awan suma mencanak lari plak, kasi sunlight stret kena muka aku. Gampang. Nanti kalau aku jadi tak berapa putih korang jangan tanya apa sebab. NO KOMEN
Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini aku kena SERVICE sket hati aku ni. Muhasabah diri selalu. Nanti apa plak orang cakap 'muka ja HENSEM tapi hati BUSUK'. Kalau ada la orang cakap camtu memang aku terajang betul-betul kat mulut dia. Padan muka.
Amacam, boleh buat menantu tak agak-agak aku ni? keh keh keh
p/s otak aku cakap dia maseh suci bersih. yang hitam tu aku ja. vavi
Monday, March 1, 2010
pengalaman bermula
Ada ketika OTAK aku meronta ingin melampiaskan nafsunya, tapi tak kesampaian sebab tak tau nak tulis dekat mana. Jadi disebabkan kalo aku nak tulis kat sini dah tak payah guna pen, otomatik tulisan aku akan senantiasa lawa. keh keh keh. Apa-apa pon pengalaman akan sentiasa mengajar kita sesuatu yang baru. Disinilah segalanya akan bermula. ya, let the fun begin!
p/s OTAK aku sangat teruja..