sumber tenaga

Thursday, March 25, 2010

Kalian suka Pisang?

5 ketul ta*i
Entah mengapa tiba-tiba perut ini berkeroncong. Aku ketuk 2, 3 kali bunyi seakan-akan bergema. Kosong. Penuh dengan angin. Selang 5 minit aku kentut, selang 5 minit lagi aku sendawa. Apa kes.

Aku tengok jam Casio hitam aku, baru masuk pukul 3 wib(waktu indonesia barat). Aku jenguk luar balkoni macam nak hujan.

"Kena cepat ni", kata aku tekad mahu ke Nando, kedai belakang rumah.

Aku capai wallet hitam koyak(sebab duit rupiah banyak sangat, bangsat) atas meja, terus aku melangkah tanpa kata dengan muka bebal. Dalam on the way ada terperasan ada orang jual pisang goreng. Nampak sedap.

"Bang, kasi pisang 4 ribu", abang tu cepat-cepat masukkan dalam plastik.

Aku teruskan perjalan ke Nando. Selalu siang-siang camni cewek yang jaga kedai. Tak la bosan sangat nak menunggu makanan siap. Sampai ja kat Nando cewek tu tengah sapu sampah. Dia senyum. Aku balas balik.

"Kak, nasi ayam penyek satu. Dada ya". Kata aku sopan.

Dalam menunggu diorang masak aku duduk betul-betul depan counter. Cewek tu ter usya plastik berisi pisang goreng aku.

"Khairul suka pisang?" Tanya cewek itu.

"Suka lah. Kalau enggak kok di beli." Balas aku

Awek tu senyum sampai ke telinga. Dia jadi tak tenteram. Nak susun bekas tisu pon dah jadi macam bentuk pisang. Aik.

"Kenapa?" tanya aku pulak. Tapi dia terus senyum. Senyum memanjang.

Lepas tu dia cubit manja lengan aku yang agak berotot ini. Aku terkesima. Habis batal wuduk aku. Apahal cewek ni. Pasal pisang pon nak cubit-cubit. Kang aku cubit kau marah pulak. Aku sabar.

Petang tu aku jamah pisang aku dengan penuh tanda tanya. Musykil dengan masalah cewek pisang itu. Kalau nak cakap ja la. Aku ada duit banyak la kat bank tu. Setakat 2, 3 ribu tak luak la duit aku. Gampang.

Kalian suka pisang?

Susah

0 ketul ta*i
Aku susah nak tidur ini malam. Kenapa jangan tanya.

Oh ya, tadi pukul 10 malam aku keluar beriadah. Main futsal. Ada la dekat 2 jam aku dengan teman-teman main sepak-sepak bola. Sebijik pon tak masuk. Last-last bila dah tension sangat aku keluar, main Uno dengan abang jaga kat situ. Babi betul. Baru nak stat bagi kad abang jaga counter kulit gelap mata kuyu badan kurus nak join. Aku usya tepat biji mata dia dalam-dalam. Terus kelam kabut dia buat-buat kira duit rupiah dalam laci yang baru ja 2 minit lepas dia kira. Ada hati nak kacau.

Ok lah, bantal aku dah panggil. Dia dah buat gaya seksi tu. Gersang habes. Aku gerak dulu!.

Saturday, March 20, 2010

Tak Keruan

5 ketul ta*i
2, 3 hari lepas sedang aku santai keseorangan dalam bilik sayup-sayup kedengaran lagu Don't look back In Anger dengan Marlboro merah yang menyala di tangan terdetik hati ini berbicara,

"Ni tak boleh jadi ni. Kalau orang tau malu aku, malu!"

Bingkas aku bangun capai celana pendek jersi Chelsea di dinding yang dah 2 hari tak basuh (keringat aku tak berbau, ngee) cepat-cepat aku 'suit up'. Aku toleh kiri kanan, usha kalau-kalau ada kelibat orang.

"Wokeh, line clear".

Aku ambil posisi sit up. Dalam 2, 3 kali turun naik dengan peluh masih malu-malu nak keluar aku tarik nafas dalam-dalam sebab oksigen tak berapa cukup. Haram sungguh. Aku lihat abdomen yang aku bela selama ini.

"Pergh, dah tough. Baru eksersais sikit, kalau lama-lama tak nak macam Malik Noor pulak nanti". keh keh keh

Monday, March 15, 2010

Surat Berantai-TAG-

3 ketul ta*i
Bagi membalas entry PHAYARD yang men-tag aku,
jujur aku jawab untuk soalan-soalan yang diajukan.

Sumpah tak tipu!


1) Do you think you're hot?

Am I? Ni nanti aku jawab ada pulak yang tak puas hati. Cukuplah sekadar dengan dialog ini.

" Segak(hot la tu) betoi la anak Kak ni. Bertuah laa sapa jadi menantu Kak. Hidung mancung, ada lesung pipit, belajaq pon tinggi. Saya bekenan sunggoh dengan dia(aku)".

Kata jiran aku yang tengah cari akai nak postpone bayaq hutang mak aku. Dialog selebihnya jiran aku kena maki dengan mak aku. Padan muka. Mati nanti masuk neraka.

Amacam, Segak(hot) tak?


2) Upload your favourite picture of you!






Payad punya RayBen. Aku tau nanti mesti dia claim punya.


3) Why do you like that picture?

Aik, aku nak suka gambaq aku pon nak tanya? Aku punya muka aku punya pasai la. Cuba tanya mereka yang di luar sana, sapa yang tak suka gambaq aku ni. Mesti suma suka punyalah. Kan kan kan


4) When was the last time you ate pizza?

Let see...Aha! Time cuti sem itu hari. Aku makan Pizza Hut kot. If i'm not mistaken lah. Itu hari aku mengepau kak aku untuk belanja makan. Penat aku merangka plan untuk pau dia. Ala-ala movie Ocean 11 gitu. Tapi dalam misi ni aku sorang-sorang ja laa. Tak perlu se-belas orang nak buat keja ni. Hebat tak aku? Last-last dia yang offer aku makan pizza. dem


5) The last song you listened to?

NEGARAKU. Time Datuk Lee Chon Wei menang All England 2010. Bangga wei jadi warganegara Malaysia. Walaupun sah-sah point last tu bola dia di luar garisan, just wide orang putih kata. Apa aku kesah, janji menang. Tak gitu Datuk Chong?


6) What are you doing right now besides this?

Apa la Mak aku tengah buat la ni. (aku tak sejijik Payad, maaf)


7) What name do you prefer besides yours?

'CHIK', sebab aku anak last. Dulu aku pernah mengajukan soalan dekat Mak aku,

"Mak, awat depa(jiran,kawan,siapa-siapa saja) panggey kat own, 'OWN'. Tak sedap langsung. Suruh depa tukaq panggey 'CHIK' ka, sedap sikit. Atan(jiran) tu mak dia panggey dia Angah, mana aci."

Mak aku diam,dia senyum tipis ja. Dia tau satu hari nanti 'OWN' tu la yang nak jadi anak yang dia boleh banggakan. Sapa kata aku anak mak, aku terajang tepat kat perut dia. Ada beran?


5 People to tag

Sapa ja yang baca blog aku ni. Isk hampa ni, buat la soalan lain. Tak dak gheja betoi.

1) Arina Fadzlin
2) Muhamad Azwan
3) Nizar Nazdmi
4) Syafikah Yusof
5) Saiful Zakuan


8) Who is number one?

Kawan lama se-MRSM dulu. Tengah buat TESL, tapi kena postpone satu tahun sebab masalah kesihatan. Sori babe, ang jadi anak dara tua la nanti. Boyfriend pon suruh aku cari. Aku kan ada. kehkehkeh


9) Number three is having a relationship with?

Dia ni Playboy sket. Selama aku jadi bestfriend dia dah macam-macam aku menuntut ilmu dari dia, Ilmu pengasih suma cukup. Tapi dia setia pada yang satu, MIRA.


10) Say something about number five?

Jejaka yang penuh dengan emosi. Ada satu hari dia dapat duduk kelas depan(budak 3.5 la ni), tapi dia tak mau. Nak dok kelas belakang jugak. Ketegaq. Seminggu jugak la dia dok susah hati sebab ni. Orang kata makan mesti kenyang cuma kurang selera, mandi sah-sah basah cuma segan nak kena ayaq, sejuk. Ceh. Senang cakap suma tak kena la. Siap ugut lecturer nak kasi taram sama bapak dia, terus lecturer tu lembik. Ni kisah benar ni, tak tipu!


11) How about number four?

Dia ni sombong nak mampoih. Asai ajak kluaq mesti ada ja excuse dia. Tau la pungkoq besaq pon. Kluaq ja pon, bukan ajak nikah kat siam.

12) Who is number two?

Dia ni no komen. Nanti dia ajak geng-geng dia kasi pukul sama aku sia-sia ja hidup. YAKUZA dia ni. Tapi tu dulu la.

"blah la Ajis! Ingat aku takut ka kat hang!"

Friday, March 12, 2010

MEREKA GENGSTER

0 ketul ta*i

baby gurl merah : asal muka budak ni macam nak mintak terajang. Kalau aku baling pelampong ni agak-agak boleh bawak mati tak. Celaka

baby gurl biru : apa usya-usya. Tau la aku howt pon. (tangan kiri dah sedia parang nak baling dekat baby gurl merah)

Budak zaman sekarang memang GANAS!!

Monday, March 8, 2010

cd BLUE ada?

3 ketul ta*i
Terkenang aku ketika zaman muda-muda dulu. Ketika suara maseh lagi belum 'pecah'. Ketika bulu ketiak ini maseh malu-malu nak tumbuh. Ketika muka ini lansung tiada sebutir jerawat pun yang berani hinggap. Hati dan Otak aku ketika itu begitu suci, begitu bersih.

Pernah pada suatu petang aku, Ijat,budak ni sekarang tengah prepare nak pi German.tak tau lepas ka tak, Mijan, budak ni punya kepala sebijik macam elien.aku yakin dia memang elien, keluar ke pekan yang paling havoc ketika era itu, pekan JITRA. Berbekal duit yang cukup-cukup nak beli 'barang' yang dah lama aku nak, dan basikal LERUN ungu seat koyak hendle ada tanduk kami pon ‘cargas’ ke sana.


Dari jauh aku dapat nampak bangunan bangunan batu yang gah menembus langit. Aku lajukan kayuhan, eh silap, aku membonceng ja time tu. Kawan-kawan aku sangat takut dan hormat dengan aku dulu. Diorang mesti tak kan sampai hati nak kasi aku kayuh basikal jauh-jauh. Kang kena jek tang belakang sia-sia ja.


Sampai di sana detinasi pertama mesti KFC. Makan dulu apa yang patut. Pekena ayam 2-3 ketoi. Agak-agak perot dah kenyang, hati pon dah senang aku pon cargas ke destinasi seterusnya iaitu PJ PLAZA, mall paling tinggi, paling besar, paling maju(ada pintu bukak tutup otomatik). Teruja. Bahagian yang dituju adalah tempat mainan. HEAVEN gua cakap lu. Macam macam ada. Aku ternampak kotak GUNDAM. ’Ganas betul robot ni’ kata hati kecil aku. Nak beli ka tak ni, kang tak cukup duit plak nak beli benda tu. Aku tangguh dulu hasrat nak angkat robot tu. Damn


Pusing punya pusing punya pusing, main eskeletor, main tangga, ada la dekat setangah jam kami pon out dari mall tu. Bosan. Lagi pun aku dah perasan ada mata yang tengah usya pergerakan kami. Tapi aku sabar. Abang aku cakap kalau nak gadoh hantaq anak buah dulu. Ni aku tengok membe aku dah macam nak kena sawan dah. Aku bisik dekat telinga dia ’hang nak balik jalan kaki ka?’. Dia geleng-geleng kan kepala, akur.


Matahari macam dah nak menyembah bumi, barang yang di hajati tak jugak terbeli. ’Kena cepat ni’. Aku berlari lari anak ke kedai usang tepi jalan ’CD O RAMA’. Aku masuk ada nenek cina pakai spek bulat rambut kerinting tengah duduk jaga counter. Aku kumpul semua kejantanan aku dengan satu jari tengah korek hidung tangan kanan tengah garu bontot.


” Auntie, cd BLUE ada?”. Auntie tu diam. Dia usya aku dalam-dalam. Aku agak dia sudah pekak


”cd BLUE ada?!”. Hampir menjerit aku. Dia garu kepala. Mungkin nak kena aku lempang baru dia nak dengar kot. Sabar lagi aku.


BLUE ALL RISE auntie, bukan itu cd BLUE porn punya!”. Celaka punya boyband, letak la nama lain. Senang orang nak faham.









Friday, March 5, 2010

sssSSHHH

0 ketul ta*i
silent.










try to listen to your heart beat.












what will it says?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
'KAU DAH BANYAK DOSA! HATI KAU JADI HITAM. KALAU NAK CUCI PON KENA TONYOH PAKAI KLOROQ, TU PON TAK TENTU HILANG.........
DAMN'






Patot la aku rasa semacam ja dua tiga menjak ni. Panas ja even 24 jam dalam ekon. Kalau aku jalan time tengah mendung taknak awan suma mencanak lari plak, kasi sunlight stret kena muka aku. Gampang. Nanti kalau aku jadi tak berapa putih korang jangan tanya apa sebab. NO KOMEN






Kesimpulan yang aku boleh buat kat sini aku kena SERVICE sket hati aku ni. Muhasabah diri selalu. Nanti apa plak orang cakap 'muka ja HENSEM tapi hati BUSUK'. Kalau ada la orang cakap camtu memang aku terajang betul-betul kat mulut dia. Padan muka.
Amacam, boleh buat menantu tak agak-agak aku ni? keh keh keh


p/s otak aku cakap dia maseh suci bersih. yang hitam tu aku ja. vavi

Monday, March 1, 2010

pengalaman bermula

1 ketul ta*i
Tidak pernah terlintas sedikit pon di benak ingin berKARYA di alam maya ini. Maseh ingat lagi dulu ketika masih di bangku sekolah kalau subjek bahasa melayu tak pon bahasa omputih mesti karangan aku akan di reject oleh cekgu-cekgu. Apa yang pasti depa kata tulisan aku macam gampang. Ada ka patut kan, penat aku perah OTAK nak tulis karangan yang berjela tu. Last-last time SPM, nah! aku dapat A. haha. agak angkuh aku ketika itu.

Ada ketika OTAK aku meronta ingin melampiaskan nafsunya, tapi tak kesampaian sebab tak tau nak tulis dekat mana. Jadi disebabkan kalo aku nak tulis kat sini dah tak payah guna pen, otomatik tulisan aku akan senantiasa lawa. keh keh keh. Apa-apa pon pengalaman akan sentiasa mengajar kita sesuatu yang baru. Disinilah segalanya akan bermula. ya, let the fun begin!

p/s OTAK aku sangat teruja..