sumber tenaga

Sunday, May 23, 2010

Pleaseeeeee

5 ketul ta*i
Aku diserang oleh penyakit secara bertalu-talu kebelakangan ini. Baru sakit perut ni nak melabuhkan tirai, penyakit selesema datang melanda. Kalau betul ada orang tak puas hati hantar sakit-sakit ni pakai angin aku mintak maaf bebanyak. Apa dosa aku kat korang?

Tolong la kasi hidup aku aman dan tenteram dan sejahtera dan hepi sikit. Merana ni tau tak, merana.

Heyyyyy...............

Monday, May 17, 2010

shit happens

6 ketul ta*i
Sejak aku jejak kaki dekat kota medan ni, tak pernah aku di timpa nasib yang baek. Mana tak nya asyik tersilap makan ja. Baru last month aku food poisoning duduk tak duduk dua hari lepas kena lagi.

Dulu mak aku ada laa ajar siket ilmu pendinding ni. Bukan setakat ilmu pendinding, ilmu batin ilmu kebal ilmu pengasih ilmu terapaung suma cukuplah. Orang cakap kalau nak merantau ni biarlah ilmu tu cukup di dada.

Aku syak ada orang tak puas hati hati busuk perut busuk tak ada hati perut tak suka dengan aku. Damn you. Dia ni punya ilmu lagi hebat. Pakai setan jin toyol puntianak laknat celaka muka huduh. Setan betul. Maen hantar pakai angin ja. Kalau hantar guna facebook sempat lagi aku nak membelek dan mengelak. Ye tak?

Dalam sehari aku tak makan tadi aku timbang berat dah turun 1 kilo.Gila. Selamat 'pahala' aku berat-berat-berat belaka.

Baru nak jamah makanan, tu pon biskut kering cap pingpong seminggu lepas beli dekat 'yam ling'(mall paling havoc dekat rumah jalan 5 minit sampai) dua keping cicah milo dah perut mula buat hal. Tersembor-sembor dalam jamban I cakap you. Geli kan? Shit happens yaww.

Owh ya, tadi sore aku ditimpa nasib yang sangat baek terbaek paling baek. Tersenyum aku sorang-sorang sampai sekarang. Sikit lagi nak cecah telinga. (:

p/s suma ilmu-ilmu tu aku tipu saja. jangan percaya, khurafat. Tuhan marah.

Wednesday, May 5, 2010

Gatal

10 ketul ta*i
Semenjak dua menjak ni baru aku perasan dah lama aku tak update ini blog. Bukan tak nak update tapi masa tu tak mengizinkan kan.

Dalam seminggu dua aku asyik dengan kesibukan menelaah bahan ilmiah sambil tangan kiri ada marlboro merah tangan kanan pegang cawan neskefe dalam mulut ada biskut timtam (sibuk kan?) entah tiba-tiba aku terfikir nak cari bakal isteri. Uish, tersedak aku time tu. Tersembur habes biskut air neskefe asap rokok segala mak nenek.

Untuk seketika aku cuba kembali fokus kepada bahan ilmiah yang di depan mata. Aku usya dalam-dalam slide lecture banyak typo istilah tak faham bahasa inggeris tunggang langgang bahasa indon nak tergelak aku baca. Tapi sia-sia. Fokus aku lari memikirkan hal tadi.

Mak aku cakap kalau benda baik ni jangan tangguh lama-lama. Tak elok. Aku jadi tak keruan. Seminit jugak la masa aku dibuang sebab benda ni.

Aku capai handphone putih calar balar skrin pecah kamera rosak, dengan jantung yang berdegup kencang akibat tindak balas simpatis tubuh aku, aku kol mak aku .

"Mak, Own ingat nak kawen la. Umoq ni orang kata dah cukup syarat dah nak kawen ni." aku senyum tersipu-sipu sorang-sorang walaupon hanya bercakap telefon.

"Amboih! Makan hang pon mak tanggung, tidoq malam pon mak dodoi kan lagi, girlpren pon tak dak, muka pon tak hensem ada hati nak kawen?! Gatai. Hang ni sakit ka? Buat risau mak ja aih."

Perbualan selanjutnya aku tak dapat tulis. Terlampau banyak cacian makian hamun aku dapat. Padan muka aku. Gatai sangat. Ada hati nak kawen. Ceh