sumber tenaga

Wednesday, May 5, 2010

Gatal

Semenjak dua menjak ni baru aku perasan dah lama aku tak update ini blog. Bukan tak nak update tapi masa tu tak mengizinkan kan.

Dalam seminggu dua aku asyik dengan kesibukan menelaah bahan ilmiah sambil tangan kiri ada marlboro merah tangan kanan pegang cawan neskefe dalam mulut ada biskut timtam (sibuk kan?) entah tiba-tiba aku terfikir nak cari bakal isteri. Uish, tersedak aku time tu. Tersembur habes biskut air neskefe asap rokok segala mak nenek.

Untuk seketika aku cuba kembali fokus kepada bahan ilmiah yang di depan mata. Aku usya dalam-dalam slide lecture banyak typo istilah tak faham bahasa inggeris tunggang langgang bahasa indon nak tergelak aku baca. Tapi sia-sia. Fokus aku lari memikirkan hal tadi.

Mak aku cakap kalau benda baik ni jangan tangguh lama-lama. Tak elok. Aku jadi tak keruan. Seminit jugak la masa aku dibuang sebab benda ni.

Aku capai handphone putih calar balar skrin pecah kamera rosak, dengan jantung yang berdegup kencang akibat tindak balas simpatis tubuh aku, aku kol mak aku .

"Mak, Own ingat nak kawen la. Umoq ni orang kata dah cukup syarat dah nak kawen ni." aku senyum tersipu-sipu sorang-sorang walaupon hanya bercakap telefon.

"Amboih! Makan hang pon mak tanggung, tidoq malam pon mak dodoi kan lagi, girlpren pon tak dak, muka pon tak hensem ada hati nak kawen?! Gatai. Hang ni sakit ka? Buat risau mak ja aih."

Perbualan selanjutnya aku tak dapat tulis. Terlampau banyak cacian makian hamun aku dapat. Padan muka aku. Gatai sangat. Ada hati nak kawen. Ceh

10 ketul ta*i:

rhapsody LiN said...

ahahahaaha~


served u right.
^o^

aLyhaLim~ said...

hahahah...nk kawen dh own??dah de calon ke awak 2?

Ikmal Fayadh said...

aih, gatai gila la hang nih.. patut la mak hang marah

baek hang teruskan makan biskut timtam dari pikiaq pasai kahwin.

usus kecik said...

u all kasi la nasihat membina sikit. ngeee

iEyLa said...

hahaha,,
pdn muka.. :p

rizqiibrahim said...

kawin la own! aku setuju. muak kan dgn kehidupan skrg??!!

kepalmawie said...

pandai mak ang nilai muka ang, memang x ensem, aku setuju betui

Safwan&Suraya said...

hahahahaha...
galak...meghela aih...
hahahaha..

mohd faris bin mohd aladin said...

on lek on.lek2,aku pun sama naseb ngan ko nie

usus kecik said...

ila-abang acong sihat?

rizqi-ikot hati mmg nak kawen jo eden ni.carikan bakal pengantin bley?

mawi-lu ada masalah?

suraya-sikit2 tu ada la.aha

faris-aku bukan apa wei.nanti ade mulut2 jahat kate aku suka sama jenis.panas