sumber tenaga

Monday, May 30, 2011

megi

0 ketul ta*i
Aku ada exam pagi ni. Final exam. Sebulan jugak la aku exam. Lagi sebulan aku balek jitra. Dari pagi-pagi buta lagi aku dah siap mandi pakai baju kemeja putih letak pencil box dalam bag letak kartu ujian dalam bag takut lupa. Kang kena halau penat ja.

Aku tengah buat apa? Baca buku? Study? Gila. Jangan buat aku mengamuk. Mesti la aku tengah makan megi ni. Lapaq oi. Sluurrrppp :D

Friday, May 27, 2011

mengembara

2 ketul ta*i
Bulan ni aku akan mengembara jauh. Jauh dari dunia. Jauh dari dunia yang sibuk. Jauh dari dunia yang bising. Jauh dari manusia. Jauh dari segalanya. Aku dah penat melayan kerenah dunia ni. Semuanya serba tak kena. Semuanya mengikut kepala masing-masing. Semuanya pentingkan diri. Aku letih. Aku penat. Aku bingung. Aku pasrah. Apa kejadahnya yang aku tulis pon aku tak tau.

Tapi mesti kalian tertanya-tanya. Ke mana aku mau pergi? Yaa, ke mana. Ke dalam MIMPI. Kah kah kah

p/s. aku bosan. aku banyak kerja. aku buat-buat dunia ni aku yang punya.

Tuesday, May 17, 2011

rajen

4 ketul ta*i
Terasa nak berblog hari ni.

***
Semester ni aku sangat sibuk. Dalam kalender penuh diisi dengan aktiviti-aktiviti yang perlu di ikuti. Batin aku menjerit meronta-ronta meroyan tak tentu hala. Malas katanya. Duniaa dunia.
***
Sebulan lepas aku dikejutkan dengan satu berita yang berat untuk di dengar. Kalau nak dengar pon berat, inikan pula bahu yang nak memikul. Aku diberi satu tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan. Aku terima tanggungjawab tu dengan tangan terbuka walaupun tak sanggup nak pikul. InsyaAllah aku akan buat sehabis baek.
***
Cuti semester dah dekat rasanya. Semakin hampir cuti semakin rindu aku akan orang kampung. Aku tau mereka juga rindu aku. Macam gampang. Hahaha
***
Seminggu dua ni perangai aku dah macam setan. Bangun pagi cukup susah. Semayang subuh banyak di qada. Surau semakin jauh rasanya di hati. Aku semakin dekat dengan dunia. Ini kerja gila, gila-gila. Mesti tok imam rindu dekat aku. Nanti-nanti aku jenguk lah.
***
Aku dengan dia? Macam biasa, maintain lagi. Go with the flow katanya. Aku suka yang tu. Siapa? Segan lah. Jangan tanya hal peribadi. Itu hal dalam selimut. Gatai dah aku ni. Kah kah kah

***
Weh lan, pon. Kasut hampa aku tengah deal dengan tokey kedai. Tunggu stok katanya. Hampa jangan risau,  aku dah siap-siap pistol depan hidung dia, kalau dia kata tak dak bersepai kepala dia. Percaya la aku. Kah kah kah



Monday, May 16, 2011

hari-hari hari guru

1 ketul ta*i
Rasanya dah macam-macam sarang dah yang ada kat blog ni. Lama sungguh aku tak update. Dasar pemalas macam ni lah, tau bela perut ja.
 ***
Hari ni, senin 16 Mei 2011 semua budak-budak sekolah suka sebab dapat cuti, semua cikgu-cikgu pulak gembira sebab hari ni hari depa. Ya, hari ni hari guru. 

Aku teringat zaman muda-muda mak ayah tercegat depan gate sekolah tengah panas pergi balik sekolah.Lepas tu dah besar, dah up sikit aku kayuh basikal lerun kaler ungu pergi balik sekolah. Kalau usya belakang konferm ada orang tua aku follow slow-slow takut aku kena kidnap, melencong, p cyber cafe maen game p rumah kawan lepak-lepak p kedai Kam Seng beli Tora. Cukup tak percaya dengan anak dia. Cis.

Sepanjang aku bersekolah, cikgu-cikgu memang tak pernah senang tengok aku. Jangan tanya kenapa, aku tak tau. Macam-macam aku kena. Antaranya :

Ni teacher aku time darjah 2.
"Ni kenapa kamu tak lukis bas yang teacher suruh lukis kemaren?!" PANG!! Dia capai buku aku, dia koyak. Aku senyum innocent. Ganas tak teacher gua? Dua hari lepas tu mak bapak aku datang sekolah jumpa penolong kanan tanya masalah aku. 

Ni cikgu BM aku time darjah 2.
"Kamu tulis apa ni? W? Awat nampak macam pungkoq(bontot) ja?" Dem, malu sungguh. Macam biasa, tetap senyum.

Ni cikgu kelas aku time darjah 6.
"Kenapa kamu tak buat homework matematik cikgu bagi selama ni?! Ni buku ni, awat kosong ja ni? Kamu buat apa dekat rumah?"  Lepas tu sedar-sedar buku aku melayang atas lantai. Aku maseh senyum tanpa rasa bersalah. Dia tak tau kerja karangan dia kasi selama ni aku tak buat jugak. kehkehkeh. Sehari lepas tu mak bapak aku datang sekolah jumpa pengetua tanya masalah aku. Cikgu pengawas jumpa aku tanya  apa masalah aku. Femes tak aku??

Lepas tu bila dah besar sikit akhlak pon dah maken mantap fikiran pon dah matang muka pon dah hensem dah masuk sekolah menengah pon, masalah dah tak ada dah lepas tu. Mak bapak aku dah jarang datang sekolah jumpa cikgu-cikgu. 

Tapi still ada jugak cikgu yang panas dengan aku yang macho ni. Aku buat tak kesah. Macho la katakan. kahkahkah. 

Start form 3 aku pergi sekolah naek vespa. Rare tak? Lesen tak ada road tax hilang kemana dengan helmet kura aku menunggang vespa kaler kuning emas ke sekolah. Masuk kelas orang bawak beg, aku bawak helmet. Dari jauh orang dah boleh cam aku. Awek? Jangan tanya soalan bodoh. Bersepah sana sini nak ke aku, tapi aku jual mahal. Indahnya masa tu.

Masuk form 4 aku dapat ke MRSM dan bla bla bla. Malas nak tulis. Panjang-panjang nanti bukan korang nak baca pon. Aku rasa sampai sini saja. 

Owh ya, sekarang aku tengah study course medic 2nd year. Jauh lagi perjalan aku. Semua ni berkat cikgu-cikgu yang PANG aku, yang baling buku aku, yang koyak buku aku, yang cubit telinga aku, yang pulas perut aku, yang suruh aku ketuk ketampi, yang halau aku dan banyak lagi lah. Tanpa semua tu mungkin aku dah jadi mat rempit mat pit tiada hala tuju merempat sekarang ni.

SELAMAT HARI GURU CIKGU. Mati hidup semula pon belum tentu saya dapat balas jasa cikgu :D