sumber tenaga

Wednesday, August 17, 2011

menyibuk

0 ketul ta*i
Bulan ramadhan ni kalau tak sibuk dengan masjib memang tak sah. Mana tak sibuk kalau dapat makanan free kan kan kan.

***

Sahur tadi tepat jam 5.00 pagi mak gerak. Aku senyap tanda tak mau makan sahur. Mak paksa marah-marah. Aku melawan marah-marah jugak. Last-last bila dah letih lawan cakap aku bangun p dapoq basuh muka makan nasik goreng sampai kenyaan.

Aku dengan mak memang tiap-tiap hari bergaduh. Macam anjing dengan kucing. Dalam dua tiga hari nanti lepas selesai bertapa aku dah boleh bertukar jadi ultraman. Mak aku punya ilmu lagi tinggi, dia boleh jadi power rangers. Memang kucar kacir la rumah aku nanti kena fire.

Hati-hati sesiapa yang nak mai rumah aku time raya, nanti boleh terbakar kena tembak dengan aku. Bahaya kan? Kalau nak selamat mai rumah aku waktu zohor sebab time tu kami stop lawan untuk solat.

p/s.ini kisah benar.tolong la percaya

***

Dah 17 hari puasa kita ni. Lagi 13 hari nak raya. Kalau diberi pilihan, anda pilih untuk gembira nak raya atau untuk bersedih bulan ramadhan dah nak habes?

senyap

2 ketul ta*i
Lepas main badminton tadi aku rasa kalau setakat Lin Dan tu senang-senang ja aku tapau. Hebat jugak aku ni. Harapan Malaysia lepas ni aku galas ganti Datuk Lee. kah kah kah

Friday, August 12, 2011

boleh tahan

3 ketul ta*i
Ada la 2 3 hari lepas selesai solat zohor, awal-awal lagi mak dah booked aku nak ajak teman dia beli barang, al-maklum lah ana ni sibuk bebenoo ulang alik ke mesejid kalau bulan ramadhan ni. Kata mak sampai asar belum tentu selesai tugas kami. Sibuk kan? Aku panaskan enjin ambek kaen pelikat buat bekal nak pakai untuk solat asar nanti.

 Destinasi pertama ke rumah makcik buat kueh. Dekat ja, dalam Jitra lagi. Sampai-sampai ja makcik buat kueh usha aku. Aku buat cool macam biasa. Mak amek kueh 10 bekas, nak buat berniaga. Mak aku memang suka jual-menjual ni. Kalau ada siapa-siapa nak baju raya kaen batik raya kaen pelikat raya tudung raya bagitau la. Harga boleh runding.

Sedang aku leka baca Utusan makcik tu bersuara.

"Ni anak kak ka? Comey no. Selamat tak dak anak pompuan, kalau tak boleh buat menantu"

Aku memang dah agak mesti ayat tu yang nak keluaq. Kalau tak comey, hensom. Tak pon ganteng.

Destinasi kedua dan seterusnya macam biasa. Tak ada apa pon yang menarek. Nak habaq tu ja. Kehkehkeh

Thursday, August 11, 2011

ahhaa!

7 ketul ta*i
Blog ini akan di update kalau ada manusia yang sanggup mengomen entry baru blog. Kalau tak ada, maka tak ada lah entry baru. Amacam, bernas tak idea kepala otak aku?

Monday, July 18, 2011

sial la!

2 ketul ta*i
You all ada facebook? Mesti la ada kan? Kalau tak ada memang 'up' la sekarang ni. You all mesti rajin update status kan? You all mesti pernah rasa annoyed dengan status- status orang laen kan? Tapi status-status yang you all buat pon annoyed jugak just you all tak perasan sebab you all rasa status you all paling best paling up paling banyak orang nak like paling banyak orang nak komen. Bagus-bagus, kalau dah sedar tu insaf la. Facebook bukan diari you all nak update benda-benda peribadi ni. Sakit mata lah. Ok lah, nak tulis tu ja. Babai..

Sial la! Phuii!

Sunday, June 26, 2011

sukanya hati ni

0 ketul ta*i
Aku kat mana ni? Terasa asing sekali telinga ni waktu tu.Aku bingung. Berpusing-pusing kepala aku memikirkan semua ni. Mimpikah aku atau imaginasi saja? Tak mungkin, ta...
*
*
*
*
*

Aku dah tulis entry ni panjang-panjang, boleh pulak tiba-tiba laptop ni restart sendiri. Bangang bangang bangang. Nak ja aku lempaq terajang pijak laptop ni. Sabaq own sabaq. Nanti ja lah aku sambung. Bodoooohhhhhhhhhhh.

p/s. cakap banyak takmau, aku kat jitra!

Saturday, June 18, 2011

masih

10 ketul ta*i
Masih megharungi exam. Lama gila. Panjang lagi rupanya perjalanan ni. Otak dah tepu, terlampau mampat, tak ada apa lagi nak di perah. Hati dah dekat Jitra. Jasad maseh di Medan sedang bertarung lemah longlai kurus kering kering kontang.

p/s. puitis jugak ayat aku ni kan :D

Saturday, June 11, 2011

terlampau melampau.

4 ketul ta*i
Hai kawan-kawan. Apa khabar semua? Untuk entry kali aku nak tanya sikit, korang tak reti-reti nak tinggal komen kah? Walaupun aku tau tak ada siapa pon baca tapi kalau ada yang lalu blog ni apa salahnya tinggal kan sepatah dua kata. Ni tak, kosong jaa aku tengok. Kasi semangat sikiittt. Baru tak dull blog ni. Meriah orang kata. Terima kaseh :D

***

Kita hidup tak boleh terlampau IN TOO sangat kalau buat sesuatu tu. Korang mesti penah ada pengalaman kalau 'terlampau' excited buat sesuatu mesti at the end of the day it will turn out to be like shit. Penah kan? Tengah excited sangat nak p picnic tiba-tiba tak jadi atau picnic tu bosan atau tak ada transport. Tengah confident boleh jawab exam, confirm dapat A, tapi korang dapat C atau teruk la pokoknya. Padan muka. Penah kan?

Penah korang terfikir kenapa? Haa, mesti tak kan? Dari pengalaman aku, aku rasa bila 'terlampau' excited, 'terlampau' confident, 'terlampau' apa-apa ja mesti kita akan expect sesuatu yang tinggi. Letak harapan yang terlampau tinggi. Sebab tu if it turns sebaliknya kita akan down gila. Monyok ja. kan kan kan. 

Jadi lah cool setiap masa macam aku, tak 'terlampau' sangat dalam buat benda remeh-remeh. Maintain ja. Cool tak? :D

Satu lagi, ramai orang di luar sana yang selalu menyalah tafsir kan aku sebagai seorang yang sombong. Sampai hati you all. Jangan silap cool dengan sombong. Jauh sangat tu. Bersangka baek lah dengan aku. Kalau tengok aku anggap aku cool, tak sombong. Muka aku memang ketat sikit, susah nak senyum. Ok?

***

Sampai sini dulu untuk kali ni. Renung-renung kan dan selamat beramal!

Thursday, June 2, 2011

sampah

0 ketul ta*i
Hidup kalau invisible umpama sampah yang orang nak tengok pon tak dak masa. Aku la tu. Kah kah kah

Wednesday, June 1, 2011

kill or be killed

0 ketul ta*i
Dunia ni dah tak betul. Huru hara dah dunia. Aku rasa dah sampai masanya. Kita perlukan pertolongan. Kita perlukan hero. Kita perlukan sesuatu untuk menghentikan ketidak betulan dunia ni. Kita perlukan Ultraman...BERTUKAR!

Monday, May 30, 2011

megi

0 ketul ta*i
Aku ada exam pagi ni. Final exam. Sebulan jugak la aku exam. Lagi sebulan aku balek jitra. Dari pagi-pagi buta lagi aku dah siap mandi pakai baju kemeja putih letak pencil box dalam bag letak kartu ujian dalam bag takut lupa. Kang kena halau penat ja.

Aku tengah buat apa? Baca buku? Study? Gila. Jangan buat aku mengamuk. Mesti la aku tengah makan megi ni. Lapaq oi. Sluurrrppp :D

Friday, May 27, 2011

mengembara

2 ketul ta*i
Bulan ni aku akan mengembara jauh. Jauh dari dunia. Jauh dari dunia yang sibuk. Jauh dari dunia yang bising. Jauh dari manusia. Jauh dari segalanya. Aku dah penat melayan kerenah dunia ni. Semuanya serba tak kena. Semuanya mengikut kepala masing-masing. Semuanya pentingkan diri. Aku letih. Aku penat. Aku bingung. Aku pasrah. Apa kejadahnya yang aku tulis pon aku tak tau.

Tapi mesti kalian tertanya-tanya. Ke mana aku mau pergi? Yaa, ke mana. Ke dalam MIMPI. Kah kah kah

p/s. aku bosan. aku banyak kerja. aku buat-buat dunia ni aku yang punya.

Tuesday, May 17, 2011

rajen

4 ketul ta*i
Terasa nak berblog hari ni.

***
Semester ni aku sangat sibuk. Dalam kalender penuh diisi dengan aktiviti-aktiviti yang perlu di ikuti. Batin aku menjerit meronta-ronta meroyan tak tentu hala. Malas katanya. Duniaa dunia.
***
Sebulan lepas aku dikejutkan dengan satu berita yang berat untuk di dengar. Kalau nak dengar pon berat, inikan pula bahu yang nak memikul. Aku diberi satu tanggungjawab yang sangat besar untuk dilaksanakan. Aku terima tanggungjawab tu dengan tangan terbuka walaupun tak sanggup nak pikul. InsyaAllah aku akan buat sehabis baek.
***
Cuti semester dah dekat rasanya. Semakin hampir cuti semakin rindu aku akan orang kampung. Aku tau mereka juga rindu aku. Macam gampang. Hahaha
***
Seminggu dua ni perangai aku dah macam setan. Bangun pagi cukup susah. Semayang subuh banyak di qada. Surau semakin jauh rasanya di hati. Aku semakin dekat dengan dunia. Ini kerja gila, gila-gila. Mesti tok imam rindu dekat aku. Nanti-nanti aku jenguk lah.
***
Aku dengan dia? Macam biasa, maintain lagi. Go with the flow katanya. Aku suka yang tu. Siapa? Segan lah. Jangan tanya hal peribadi. Itu hal dalam selimut. Gatai dah aku ni. Kah kah kah

***
Weh lan, pon. Kasut hampa aku tengah deal dengan tokey kedai. Tunggu stok katanya. Hampa jangan risau,  aku dah siap-siap pistol depan hidung dia, kalau dia kata tak dak bersepai kepala dia. Percaya la aku. Kah kah kah



Monday, May 16, 2011

hari-hari hari guru

1 ketul ta*i
Rasanya dah macam-macam sarang dah yang ada kat blog ni. Lama sungguh aku tak update. Dasar pemalas macam ni lah, tau bela perut ja.
 ***
Hari ni, senin 16 Mei 2011 semua budak-budak sekolah suka sebab dapat cuti, semua cikgu-cikgu pulak gembira sebab hari ni hari depa. Ya, hari ni hari guru. 

Aku teringat zaman muda-muda mak ayah tercegat depan gate sekolah tengah panas pergi balik sekolah.Lepas tu dah besar, dah up sikit aku kayuh basikal lerun kaler ungu pergi balik sekolah. Kalau usya belakang konferm ada orang tua aku follow slow-slow takut aku kena kidnap, melencong, p cyber cafe maen game p rumah kawan lepak-lepak p kedai Kam Seng beli Tora. Cukup tak percaya dengan anak dia. Cis.

Sepanjang aku bersekolah, cikgu-cikgu memang tak pernah senang tengok aku. Jangan tanya kenapa, aku tak tau. Macam-macam aku kena. Antaranya :

Ni teacher aku time darjah 2.
"Ni kenapa kamu tak lukis bas yang teacher suruh lukis kemaren?!" PANG!! Dia capai buku aku, dia koyak. Aku senyum innocent. Ganas tak teacher gua? Dua hari lepas tu mak bapak aku datang sekolah jumpa penolong kanan tanya masalah aku. 

Ni cikgu BM aku time darjah 2.
"Kamu tulis apa ni? W? Awat nampak macam pungkoq(bontot) ja?" Dem, malu sungguh. Macam biasa, tetap senyum.

Ni cikgu kelas aku time darjah 6.
"Kenapa kamu tak buat homework matematik cikgu bagi selama ni?! Ni buku ni, awat kosong ja ni? Kamu buat apa dekat rumah?"  Lepas tu sedar-sedar buku aku melayang atas lantai. Aku maseh senyum tanpa rasa bersalah. Dia tak tau kerja karangan dia kasi selama ni aku tak buat jugak. kehkehkeh. Sehari lepas tu mak bapak aku datang sekolah jumpa pengetua tanya masalah aku. Cikgu pengawas jumpa aku tanya  apa masalah aku. Femes tak aku??

Lepas tu bila dah besar sikit akhlak pon dah maken mantap fikiran pon dah matang muka pon dah hensem dah masuk sekolah menengah pon, masalah dah tak ada dah lepas tu. Mak bapak aku dah jarang datang sekolah jumpa cikgu-cikgu. 

Tapi still ada jugak cikgu yang panas dengan aku yang macho ni. Aku buat tak kesah. Macho la katakan. kahkahkah. 

Start form 3 aku pergi sekolah naek vespa. Rare tak? Lesen tak ada road tax hilang kemana dengan helmet kura aku menunggang vespa kaler kuning emas ke sekolah. Masuk kelas orang bawak beg, aku bawak helmet. Dari jauh orang dah boleh cam aku. Awek? Jangan tanya soalan bodoh. Bersepah sana sini nak ke aku, tapi aku jual mahal. Indahnya masa tu.

Masuk form 4 aku dapat ke MRSM dan bla bla bla. Malas nak tulis. Panjang-panjang nanti bukan korang nak baca pon. Aku rasa sampai sini saja. 

Owh ya, sekarang aku tengah study course medic 2nd year. Jauh lagi perjalan aku. Semua ni berkat cikgu-cikgu yang PANG aku, yang baling buku aku, yang koyak buku aku, yang cubit telinga aku, yang pulas perut aku, yang suruh aku ketuk ketampi, yang halau aku dan banyak lagi lah. Tanpa semua tu mungkin aku dah jadi mat rempit mat pit tiada hala tuju merempat sekarang ni.

SELAMAT HARI GURU CIKGU. Mati hidup semula pon belum tentu saya dapat balas jasa cikgu :D

Monday, February 28, 2011

sakit

6 ketul ta*i
Tangan aku retak.
Retak dekat distal radius.
Retak sebab kena rembat.
Apak rembat bola kencang.
Kencang sampai kena tangan aku sakit.
Sakit sampai tak boleh tidur.
Tidur pon mimpi-mimpi.
Sekarang tangan aku kena balut.
Esok nak p simen pulak.
Tangan kiri aku retak

***

Oh ya, aku sudah berumur 21 tahun 1 bulan. Dah boleh mengundi kata mak. Mak kata kalau undi parti tu dapat tiket balek Malaysia free. 

Dunia oh Dunia

***

Macam mana nak basuh berak kalau tangan patah? DAMN!!

Tuesday, January 11, 2011

kelibat budak hitam

0 ketul ta*i
"Awat rasa semacam ja ayam ni", kata aku dalam hati sambil mulut mengunyah-ngunyah ayam ala-ala ayam kfc, Popeye namanya. Buruk kan? Kalau nak di ikutkan ayam beli kat pasar malam lagi sedap. Langsung tak memenuhi standard aku. Selamat murah.


Nampak tak muka aku dah laen tu? Nak mengamuk la tu. Tapi tunggu dulu. Lepas siap-siap makan aku sedut air coke sikit, sikit ja. Buat penghilang dahaga.  Save the best for the last orang putih kata, aku tak tau pon apa kejadah nya maksud dia.

Lepas makan aku angkat bontot masuk toilet basuh tangan buang air kecil buang apa patut. Lap-lap tangan sampai kering. Belek-belek cermin sikit. Sampai ja kat meja makan tadi aku tengok coke aku bersepah atas meja bawah meja atas kerusi.

Kata kawan mereke ternampak kelibat budak hitam baju kuning merempuh coke aku dan tertumpah. Mereka syak budak dari rombongan sekolah. Aku angkat bekas coke, ada saki-baki lagi aku minum. "Bukan rezeki aku, tak pa la".

Dengan muka cool angin sepoi-sepoi bahasa membelah muka, aku meneruskan perjalan ke Dunia Fantasi.



p/s : kalau dapat kat aku budak hitam tu nahas!

Friday, January 7, 2011

kalaulah

2 ketul ta*i
Kalaulah aku ada bom memang dah jadi rata indon aku bom hari ni.

Kalaulah aku buat ERP itu hari memang aku dah tengah lepak mamak gelak terkekeh kekeh dengan kawan  time-time ni.

Kalaulah imigrasi indon ni tak macam celaka lembab tau nak duet ja pemalas kantor bau longkang memang aku tak maki-maki dapat dosa dapat penat ini hari.

Kalaulah aku ada kuasa teleportasi memang aku ulang alik Jitra-Medan tiap-tiap hari.

Kalaulah aku ada duet banyak memang aku dah p Bali itu hari.

CELAKA