sumber tenaga

Monday, April 12, 2010

nostalgia

Sedang aku mengemas kini lappy tak semena-mena terjumpak gambar ini.

Teringat aku ketika zaman muda tengah malam buta hisap rokok dalam jamban ketika seisi keluarga sedang asyik di buai mimpi  maksiat sana sini nek vespa berbekalkan lesen AGUNG dikejar polis satu Jitra tipu mak bapak cakap mahu ke pusat tuisyen tapi menghadirkan diri ke pusat snuker . 

Anda sebut lah apa yang tak pernah mereka buat ketika itu. Memang zaman yang penuh durjana.

  Mengikut kajian para ilmuan, memang ketika kita remaja perangai kita macam setan. Tak percaya bukak wikipedia. Hal ini dikarenakan berlakunya ketidak stabilan hormon dalam tubuh. Hormon adrenalin dirembes sesuka hati mak bapak dia oleh kelenjar adrenal. Kurang ajar kan?

Jadi boleh dimaafkan lah kelakuan yang tak berapa sihat di atas. :)

Tipulah kalau kamu, kau, hang, anda, you, kome tak pernah buat benda-benda yang tidak sehat seperti di atas. Kamu, kau, hang, anda, you, kome memang tidak akan tahu apa itu erti kehidupan jika hanya tahu makan, tidur, ke sekolah parents hantar jemput tak pernah kena panas takut hitam. "WTH". Bayangkan rutin tersebut diulang-ulang. Anda hidup untuk apa?

Dewasa kelak segala kesilapan dan pengalaman ini akan dimuhasabahkan diri sendiri untuk dijadikan panduan juga bekalan untuk masa hadapan. 

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan




"Esok jom pi AS, teman gua jumpak awek. Duit bas gua sapot punya" berdiri kiri
"Kawan-kawan suka datang rumah saya sebab mak saya HOWT!" berdiri tengah
"Gua ada vespa oren, sapa nak nak dekat gua?" hujung kanan
"Malam ni pau mak aku RM10 pi men game kat cc sampai subuh esok. Yes!" depan kiri
"Sat gi nak pi Padang Besaq beli teddy bear Besaq nak bagi kat awek aku. Weee." depan kanan


Saya-rindu-saat-dan-ketika-ini-yang-mustahil-tak-akan-tak-mungkin-memang-tak-boleh-haram-akan-terjadi-buat-kali-ke-dua

* * *

4 ketul ta*i:

emellia shariff said...

so sekarang dah tak buat benda benda camtu ah kiranya. harapan ah aku nak percaya.
sekarang bukan setakat rokok, segala jenis benda pun hisap.u name it.

so, kita belajar dari kesilapan ke?atau kita terus buat benda yang kita suka??

=)

usus kecik said...

kalau saya belajar dari kesilapan. kalau anda mana la saya tau. maaf jika tak btoi.

oh, saya juga suka hisap gula2. bnyk juga yg blh dihisap. like u said, "u name it"

:)

Anonymous said...

ohmaigod.. isap padia nih?? lucahnye..

usus kecik said...

lucah kan kawan saya ni. isk isk isk