sumber tenaga

Monday, March 8, 2010

cd BLUE ada?

Terkenang aku ketika zaman muda-muda dulu. Ketika suara maseh lagi belum 'pecah'. Ketika bulu ketiak ini maseh malu-malu nak tumbuh. Ketika muka ini lansung tiada sebutir jerawat pun yang berani hinggap. Hati dan Otak aku ketika itu begitu suci, begitu bersih.

Pernah pada suatu petang aku, Ijat,budak ni sekarang tengah prepare nak pi German.tak tau lepas ka tak, Mijan, budak ni punya kepala sebijik macam elien.aku yakin dia memang elien, keluar ke pekan yang paling havoc ketika era itu, pekan JITRA. Berbekal duit yang cukup-cukup nak beli 'barang' yang dah lama aku nak, dan basikal LERUN ungu seat koyak hendle ada tanduk kami pon ‘cargas’ ke sana.


Dari jauh aku dapat nampak bangunan bangunan batu yang gah menembus langit. Aku lajukan kayuhan, eh silap, aku membonceng ja time tu. Kawan-kawan aku sangat takut dan hormat dengan aku dulu. Diorang mesti tak kan sampai hati nak kasi aku kayuh basikal jauh-jauh. Kang kena jek tang belakang sia-sia ja.


Sampai di sana detinasi pertama mesti KFC. Makan dulu apa yang patut. Pekena ayam 2-3 ketoi. Agak-agak perot dah kenyang, hati pon dah senang aku pon cargas ke destinasi seterusnya iaitu PJ PLAZA, mall paling tinggi, paling besar, paling maju(ada pintu bukak tutup otomatik). Teruja. Bahagian yang dituju adalah tempat mainan. HEAVEN gua cakap lu. Macam macam ada. Aku ternampak kotak GUNDAM. ’Ganas betul robot ni’ kata hati kecil aku. Nak beli ka tak ni, kang tak cukup duit plak nak beli benda tu. Aku tangguh dulu hasrat nak angkat robot tu. Damn


Pusing punya pusing punya pusing, main eskeletor, main tangga, ada la dekat setangah jam kami pon out dari mall tu. Bosan. Lagi pun aku dah perasan ada mata yang tengah usya pergerakan kami. Tapi aku sabar. Abang aku cakap kalau nak gadoh hantaq anak buah dulu. Ni aku tengok membe aku dah macam nak kena sawan dah. Aku bisik dekat telinga dia ’hang nak balik jalan kaki ka?’. Dia geleng-geleng kan kepala, akur.


Matahari macam dah nak menyembah bumi, barang yang di hajati tak jugak terbeli. ’Kena cepat ni’. Aku berlari lari anak ke kedai usang tepi jalan ’CD O RAMA’. Aku masuk ada nenek cina pakai spek bulat rambut kerinting tengah duduk jaga counter. Aku kumpul semua kejantanan aku dengan satu jari tengah korek hidung tangan kanan tengah garu bontot.


” Auntie, cd BLUE ada?”. Auntie tu diam. Dia usya aku dalam-dalam. Aku agak dia sudah pekak


”cd BLUE ada?!”. Hampir menjerit aku. Dia garu kepala. Mungkin nak kena aku lempang baru dia nak dengar kot. Sabar lagi aku.


BLUE ALL RISE auntie, bukan itu cd BLUE porn punya!”. Celaka punya boyband, letak la nama lain. Senang orang nak faham.









3 ketul ta*i:

Ikmal Fayadh said...

alah, kau download porn dah la ntah pape.
nak layan minah indon je.
takde taste langsung. fack

rhapsody LiN said...

ahahahaha~
sengal

usus kecik said...

main kasaq nampak